Jumaat, 28 Ogos 2009

Majlis Buka Pose KKSB Hotel Blue Wave

Tanggal 28.08.09 semua staf KKSB telah mengadakan Majlis Boke Pose di Hotel Grand Blue Wave...makanannyer....erm....bolehla tahan tapi tak sehebat tahun lepas.Tahun ni yang senangnyer adalah tempat duduk ....senang dan mudah....dr segi makanan...kurangla sikit.. tahun ni jugak aku tak dapat bawa hakimi sama gi majlis tu.....paham2 jerla...anak aku tu baik sangat,cuma bawa dak 2 tu jer......ni ada sedikit gambar utk tatapanla...yg lain tengok kat picture trail nantila....

Yang ini gambo salah satu meja yang groupnyer kuat makan....dr sblm buka sampai nak balik dah...makanan tak abis2 ader jer atas meja tu...meja ni jugak telah dianugerahkan kumpulan paling riuh...bak kata bos akuu ler...aku tak kata...aku?...tumpang sebelah kaki jer....

Ni pulak keluarga bahagia Pengurus Kanan KKSb Mej (B) Ab Razak......

Pemalu jugak bos besar aku ni.....Apa yang disembangkan Mej dgn Tn Hj ni?......

Bergambo sakan la si PA tn Hj dgn Kak Eton dan my second boss,Puan Ros......

Last but not least Calon2 Datin Sedunia........hehehe...tkder modal tgh mlm ni....Kesimpulannyer....makanan tk ok sgt tapi bab tempat duduk ....bagus.

Rabu, 19 Ogos 2009

Aku Amat Merindui Mereka


ini gambar umi dan abah.....dear abah,im really miss u very much..i hope you will forgive me..ana tau ana byk buat salah...tolong halalkan makan minum ana.maafkan segala silap dan salah ana.sempena ramadhan yg mulia ni....ana harapkan tahun ini bulan yang mulia ni byk perkara luar biasa akan berlaku....abah maafkan ana..............

Wahai adik2ku....maafkan kakakmu ini....kakna minta maaf byk2 tak terhingga...semoga menjadi anak2 yg lebih baik daripada kakna.jagalah umi dan abah yer....jgn jadi anak derhaka.semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniah Ekey!


Kakna ucapkan tahniah kat ekey...akhirnya bejaya mendapat segulung ijazah...kakna amat gembira sekali....jgn jadi mcm kakna...ekey jadilah harapan umi dan abah...mereka sudah tidak pedulikan kakna lagi...kakna bangga dgnmu dik...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali.....!

Haliza terkilan tidak dapat peluk erat Ustaz Asri pada saat akhir
Oleh SHAHRIL ADZRIN dan KEITH JONATHAN DEUNTZER






PERGI tak kembali... meratapi pemergian arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggalkan kita untuk selamanya. Suatu kehilangan yang besar buat kita semua dan pastinya yang amat meratapinya adalah isteri arwah, Haliza Shahadan, yang paling rapat dengannya.
Haliza yang ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, menceritakan detik-detiknya bersama suami tercinta pada pagi sebelum arwah meninggal.
"Saya mulanya tak percaya... Yelah, arwah meninggal pada pukul 11.05 pagi, pukul 10 pagi tu saya masih bersama dia. Masa tu dia memang nampak tak sihat, dia pun ada kata dia pening-pening.
"Arwah ada sakit gastrik, kencing manis dan gout, pagi tu dia cuma minum air madu dengan limau... Lepas tu dia ada muntah-muntah.
"Saya suruh dia berehat dulu... Tapi dia komited dengan kerja dan dia nak jugak pergi kerja.
"Bila dia dah keluar, dia sampai kat stesen minyak Mobil, dia telefon saya dia kata: "Ummi, tolong hantar Abi kat pejabat lah, Abi tak larat."
"Saya kata saya tak kisah, jadi saya pun memandu sampai ke Mobil tu, lepas itu bawa kereta dia dan hantar dia sampai ke pejabatnya di Bukit Sentosa. Lepas tu dia ada singgah di Shell, dia masuk bilik air, lama jugak dia kat dalam tu, jadi saya pun pergi ketuk tanya dia ok ke tidak?, dia kata dia ok.
"Bila dia keluar dari tandas tu, dia suruh Azadan ambil barang-barang dia masukkan dalam van. Masa tu jelah saya sempat tengok wajah dia dan tak ada apa-apa berlaku ketika itu," kata Haliza.
Namun, kesedihan Haliza tidak berakhir di situ sahaja, dia turut menceritakan kenangan manis antaranya dengan arwah pada malam sebelum arwah meninggal ketika mereka menghabiskan masa bersama berdua.
"Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia 'call' saya dia kata" Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?." Saya pun kata: "Ok lah, Ummi pun lapar..."
"Masa tu dia kata: "Mintak apa saja". Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami 'spend time' tengok tv bersama... Malam tu 'nice' sangat," kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.
Meskipun mempunyai waktu untuk bersama suami yang dicintainya, namun Haliza menyatakan dia masih rasa terkilan kerana tidak dapat memeluk suaminya itu dengan erat seperti biasa yang dilakukannya.
"Apa yang membuatkan saya terkilan adalah sebab saya tak dapat peluk dia dengan erat pada saat-saat akhir. Selalunya memang kami mesra, selalu saya akan cium tangan dan peluk dia dengan erat.
"Cuma malam tu saya tahu dia penat, jadi saya cuma salam tangan dan cium pipi dia je," jelas Haliza yang mula menitiskan air mata.
Haliza turut menceritakan pengorbanan arwah yang sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk bulan madu mereka semasa mengerjakan umrah selepas 16 tahun berkahwin.
"Saya tak sangka dia sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk satu bilik sebab nak berbulan madu semasa mengerjakan umrah.
"Bagaimanapun kami gembira sebab dapat berbulan madu dan mengerjakan umrah bersama," katanya.
Diajukan soalan sama ada Haliza mempunyai perasaan cemburu sepanjang bersama suaminya, dia mengatakan dia sentiasa cemburu namun bersebab kerana ingin menjaga suaminya itu dengan baik dan mahu suaminya menjadi seorang ikon yang dihormati orang ramai.
"Cemburu saya bersebab, supaya dia menjadi ikon yang dihormati, saya tidak mahu suami saya jadi orang yang lupa daratan, sebab tu saya jaga dia sungguh-sungguh, bukan kerana cemburu tak tentu pasal tetapi saya nak orang hormat dia sebagai seorang ustaz yang baik, saya tidak mahu ada orang yang cakap belakang pasal sikap dia.
"Tapi kita hanya manusia biasa, kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita. Kita tiada kelebihan untuk mengetahui hari esok, kalau kita tahu hari esok, pasti kita akan lebih bersedia.
"Sebab itu, kita kena menyintai seseorang dengan sepenuh hati kita, tak kira anak ke, suami ke kita kena cinta dengan sepenuh hati.
"Untuk arwah, saya memang cintakan dia sungguh-sungguh, sebab saya takut dia terpesong dalam dunia artis yang berbagai-bagai karenah ni," jelas Haliza yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah Ustaz Asri.
Bagaimanapun Haliza bersyukur terhadap Allah s.w.t kerana memberinya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangganya.
"Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap Allah kerana memberi saya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangga kerana ustaz sendiri banyak menghabiskan masa di luar dan selama itu saya sudah mula berdikari.
"Tapi lepas ini saya masih tidak tahu kerana saya hanya berserah pada keadaan dan ketentuan Allah," katanya.
Sempat ditemui ketika itu adik kepada Ustaz Asri, Ustaz Ghazali Ibrahim yang tidak menyangka abangnya akan pergi dengan begitu cepat dan mengatakan Ustaz Asri antara yang begitu rapat dengannya.
"Saya begitu tak sangka, pagi tadi sewaktu sedang memberi ceramah, saya ada menerima panggilan masuk, tapi tidak menjawabnya, bila selesai ceramah, saya baca mesej yang mengatakan abang saya pengsan.
"Tak lama lepas tu, saya terima panggilan mengatakan abang saya dah meninggal dunia. Arwah antara yang paling rapat dengan saya, saya tidak tahu dia ada sebarang penyakit melainkan gout dan kencing manis.
"Kali terakhir saya jumpa dia sebulan yang lalu, tapi empat atau lima hari lepas saya ada bercakap telefon dengannya, pada masa tu saya dengar suara dia macam tak berapa sihat, saya ingat mungkin dia letih dan tidak bertanya banyak pada masa itu.
Pastinya pemergian Ustaz Asri merupakan satu kehilangan yang besar buat keluarganya, ahli kumpulan Rabbani, sahabat handainya dan semua yang mengenalinya.
Perginya tidak kembali lagi dan pasti sukar untuk dicari pengganti buat arwah Ustaz Asri yang selama ini memperjuangkan irama nasyid sehingga ke akhir hayatnya.

Rabu, 12 Ogos 2009

Teringin Moto Beso!



Huhuhu....anak2 aku baru ni gi kat RR Sg Buloh Jejantas ader 1 rombongan moto beso...yeyeyeye...anak2 aku menjerit suka...lepas tu aper lagi laki aku minta izin ngan org moto tu nk tangkap gambo....hahahaha...ni hasilnya...tk dpt naik...tangkap gambo pun jadila.....hehehehe....

Sabtu, 8 Ogos 2009

Selamat Pengantin Baru & Jejak Kasihan....


Huhuhu...dah lama aku tak update blog ni...almaklumla...bz memanjang kat opis.banyak keje...lepas tu kat umah dah penat...tido awal.ader lak hobi baru....laki bini main poker kat internet.erm.....
Ni aku nak ambil kesempatan ni la kalau si Sobah ngan suami dia ader terbaca blog ni,aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baruuuuu....diaorg kawin minggu lepas 01.08.09......hemmmm.Si Sobah ni kawan 1 opis dulu.....Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat.....

Ni gambo yg lagi satu ni gambo kengkawan merangkap anak buah angkat .....(kalau tk paham takper)....masa tu kitaorang pernah dok sama kat Ilham dulu...masa aku susah skitla dulu....dok seumah ngan diaorg....jumpa balik ari tu....siap bawa mak dia datang umah...aku janji yg pi umah diaorg...tak taula bila nak pi.Insyaallah kalau pjg umo aku pi jugakla.
Lagi 1 cerita menarik dan aku harap saper2 baca post ni....jadikanlah pengajaran...jgn mudah tertipu dgn offer2 dari internet ni...mcm hadiah percuma...menang loteri....dan per2 jerla.jgn mudah terpedaya....walaupun offer dari malaysia...lagila...yg aku terkena offer dr nigeria...tk pernah2 seumor idup aku call org luar dr Malaysia...ni la dalam sejarah sampai bil telefon aku naik RM400 lebih..dasattttt.......berjaga-jaga yer semua...sekian untuk kali ini...cewahhh....