Rabu, 23 Disember 2009

Tabahkan Hatiku Menghadapi Semua Dugaan Ini....


Ya Allah...aku bersyukur kepadaMu di atas apa yang telah Kau tunjukkan kepadaku...Aku menyesal Ya Allah....aku menyesal...tapi...aku lakukan semua ni demi keluargaku...aku ingin mereka bahagia walaupun aku terpaksa menanggung segala kesulitan kelak... Ya Allah...sekiranya Kau kurniakan kepadaku limpahan rezeki yang boleh aku menampung kehidupanku lebih baik daripada sekarang....aku bersyukur Ya Allah....walaupun hanya sedikit...
Sempena Tahun 2010, aku akan berusaha untuk mencari rezeki yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya......pimpinlah diriku....berikanlah aku kekuatan dan keyakinan diri serta tabahkan hatiku ini....

Selasa, 17 November 2009

Tinggal Kenangan - Saleem

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih
pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih

Isnin, 2 November 2009

Cuti-Cuti Melaka

Perancangan yang tidak disengajakan....ni la dia keje last minit...sampai ibu nyer kenduri doa selamat aku tk pegi...gara-gara tk sempat....naper?...plan last minute...satu family gi melaka...petang 31.10.09 pukul 4.30 ptg,gamble...gi check Hotel Melaka Straits....lawa betul bilik dia...canggih....gi jalan2 naik beca...jumpa ex officemate....gi zoo....mcm2 la.kepenatan wei 2 ari berjalan makan angin....balik melanguk......hehehehe...dh lama dah aku tak gi makan angin.....hampir 8 bulan sejak arwah wan...huhuhu...sedih aku....dapat sekali jalan...dasat tu.....mcm biasala....tatapan halwa mata utk semua.....



Open House 2009

Tanggal 10.10.2010 kali pertama dalam sejarah aku buat open house hari raya 2009...sekali dengan sambutan harijadi si aini_10 dgn mak mertua aku...ramai tak ramaila...ramaila jugak...sampai aku close house kul 11 lebihla....penat wei....aku penat bukan penat wat keje...penat layan anak aku yg bongsu tu buat hal la pulak....sampai aku terpaksa antar pegi umah aunty nor pagi tu sbb nk buat preparation tau.....huhuhu....open house kali ni juga cipta sejarah bila sepanjang aku koje kat KRIS KAWALRAPI ni....bos kecik aku datang umah ...hahahaha....suka aku...kepada semua yang hadir....terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami dalam memeriahkan majlis tersebut....tooooo cheeeee.....antara event pada hari tersebut.......



Ahad, 18 Oktober 2009

Aku Rindu Sayang Kamu

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa Sedihku Tiada Kamu
Apakah Ini Di Namakan
Cinta Oh
Menjadi Aku Yang Hina

Apakah kau Tak Sepertiku
Rasa Hari-Hari ku Tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Aku Rindu Sayang Kamu
Matamu Aku Cinta
Kepada Mu Sayang Kamu

Apakah Kau Rasa Sepertiku
Rasa Hari-hariku tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Lirik Aku Rindu Aku Sayang Kamu - Black (Mentor3

Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2009

Assalammaulaikum....huhuhu.....raya dah abis...aku jerla yang masih terhegeh2 baru nk update blog...bz la...yang dapat dan sempat aku letak kat blog ni...sekadar gambar untuk tatapan semua...maafla yer.....kalau tak cukup nk tengok...mehla dtg umah...tapi tk cuci lagi pun gambornya....kakakakak....okla..saksikan ....... Aidilfitri 2009..................

Kita dulukan dgn gambar ibu dan ayah mertua aku...ni la mereka...bersiap sedia utk atucara bersalaman...belum salam lagi...ujan dh turun.....

Yang ini sesi bersalaman minta ampun dan maaf.....


Antara keluarga yang beraya di kampung.......



Ni pulak semasa kenduri arwah....dah setahun pemergian abang iparku...dalam tak sedar...


Antara lauk pauk malam tu.....sedap la....menjilat jari.....yang lagi 1 gambo tu pulak jangan salah faham...tu gambo tukang masak nasi....hehehehe
Rasanyer itu saja sajian mata yang dapat dipaparkan....lepas ni aku senang....aku kasi gambo open house kat umah ni....takper...dh pasang streamyx ni...leh la update blog kat umah......sekian........

Ahad, 13 September 2009

Geng Poker


Hari ni dalam sejarah.....tkderla sejarah sgt...tak pernah seumur hidup aku buka pose kat tempat paling terbuka, padang bola.....pukul 4.30 ptg kitaorg mula masak utk buka kat padang ni...byk menu makanan nk masak ni...tukang masak seperti biasa aini_10 la, aku ni supervisor....menu buka pose kali ni ialah.....
1) kerang rebus
2) sambal kicap
3) kari ayam
4) sambal belacan (mcm2 jenis la....)
5) ikan bawal goreng sos
6) ikan kembung masak kicap
7) sayur kangkung goreng belacan
8) cuci mulut tembikai
byk yak.....hahaha...tu sbb tak sempat kena buka kat umah dulu minum air masak...baru gi padang....bukan kitaorg jer....ader kawan poker lak dtg...jemputla sekali....kebetulan ader besday diaorg sok....sekalila tu...ramai gakla kat padang dataran bawah shah alam tu....ni semua idea si aini_10 tula...layan jerla.....
Antara para jemputan yang hadir...cewah...mcm ramai lak yg dtg pun.....ni hah...family keramat...ketua dia naga berasap...tkdan kuar api pun...depa ni semua geng poker kat tenet...uiks...bukan aku la..laki aku punyer kawan...aku tumpang jer...korang layan la picture trail ni....tkleh la dolod 1 1 lembab...kat umah punya server.....

Sabtu, 5 September 2009

Sistem Piramid

To all my dear friends, berhati2...Jauhi “Sistem Piramid” Multi Level MarketingKongsi
Assalamu'alaykum.
berikut adalah petikan dari blog Soal-Jawab Agama: http://ilmudanulamak.blogspot.com, kendalian Ust. Ahmad Adnan Fadzil)

*******************************************************************************
Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.
Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan (unsur penipuan / gharar).
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

Wallahu A’lam.

Lampiran 1

SYARAT-SYARAT MLM HALAL MENURUT UST HJ ZAHARUDDIN HJ ABD RAHMAN

(Dipetik dari arikel beliau; “Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM” dalam laman web; www.zaharuddin.net)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Lampiran 2

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

(Dipetik dari arikel Us. Zaharuddin; “Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM” dalam laman web; www.zaharuddin.net)

Lampiran 3

FATWA TENTANG MELETAKKAN SYARAT BAGI MENDAPAT KOMISYEN

Soalan; terdapat satu system jualan produk yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat yang diringkas seperti berkut;

Syarikat menawarkan kepada orang yang berminat menjadi wakil/pengedarnya untuk terlibat mempromosi barangan/produk keluarannya dengan satu kadar komisyen tertentu (cthnya 10%) bagi setiap produk yang dijual, namun syarikat meletakkan syarat komisyen tersebut tidak akan diberikan melainkan wakil/pengedar melakukan jualan dengan jumlah tententu yang ditetapkan Syarikat. Adakah ianya harus?

Jawapan;

Polisi jualan tersebut adalah harus. Ia tidak lain merupakan langkah Syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah tertentu dari barangan/produk Syarikat. Jika ia berjaya melakukan jualan dengan jumlah tersebut, berhaklah ia untuk mendapat komisyen yang dijanjikan itu. Jika tidak, tidak berhaklah ia mendapatnya. Masalah ini termasuk dalam bab al-Ji’alah (pemberian dengan bersyarat). Sekalipun ada kemungkinan akan berlaku kepada wakil/pengedar mereka berpenat saja tanpa imbalan apabila tidak berjaya mencapai jumlah jualan yang ditetapkan itu, perkara tersebut tidak akan menjejaskan keharusan mu’amalah tersebut. Ini kerana telah sedia dimaklumi (dalam Fiqh) bahawa akad al-Ji’alah harus berlaku padanya al-Jihalah dan al-Gharah (yakni ketidakpastian) walaupun unsur tersebut tidak harus berlaku dalam al-Ijarah (akad sewaan).

(Fatwa dipetik dari buku Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyah al-Muqaran, tulisan Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari,, hlm. 338, ter. Dar al-‘Ashma’, Damsyiq, Syria, 2008. Penulis adalah pensyarah Fiqh dan Ekonomi Islam di University Ummu Darman, Syria dan Kolej University Islam di Lubnan. Beliau memiliki laman webnya sendiri; www.alzatari.org).

utk fatwa lengkap dari Majlis Ulama Indonesia: http://www.scribd.com/doc/5038274/fatwa-hukum-mlm

Khamis, 3 September 2009

Lagu 1 Malaysia Hotfm



MALAYSIA SATU

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Rabu, 2 September 2009

Arnab Kesayangan Fahmy Mati....

2 hari lepas (31 Ogos 2009) sempena hari merdeka, arnab Fahmy berdarah dekat kepalanyer...pagi2 lepas sahur tak berapa perasan,tapi............
Along : mak uda.........emergency cepat!
Mak Uda : Naper long...?
Along : anak mak uda berdarah....
Mak Uda : hah?(dgn nada terkejut)....aper long?
Along : arnab mak uda berdarah......
Mak uda : (dlm ati) arnab aku berdarah......
Dengan pantasnya aku capai tipon,call laki aku....masa tu Allah saja yang tau mcm ner perasaan aku masa tu...nk tau sebab aper...sebab laki aku boleh kata tunggu jap.....punyala sakit ati aku masa tu...agaknyer kalau aku yang sakit dah nak mati....kalau dia kata mcm tu kat aku...agaknyer terus mati kot.....
Tak lama lepas tu, aku pun kuar.....Ya Allah,betapa seksanya arnab aku tu...menggeletar....tgh tenat....ader 1 lubang kat tengkuknyer.Mungkin kena gigit kittatun (kucing)...nak menitis air mata aku tengok arnab tu.Aku tengok anak laki aku pegi turut ke rumah Mak Ilah cari bapanyer nk kasitau pasal arnab dia dh nak mati.....bapaknyer boleh lagi terhegeh-hegeh....aku geram capai tipon terus call....marah2 gak ler...dan2 dia kata dah kat umah...aku kuar balik tengok dia tgh taruk minyak gamat kat kepala arnab tu...mak mertua aku kata mata laki aku merah....sedih kot....
Sekarang ni arnab tu telah pun mati...segala kenangan kami bersama arnab tuu....akan teringat sampai bila2...arnab aku bela dr kecil tu...besar tapak tangan,dari tak boleh jalan......akan akuu cuba jaga semua arnab yang masih tinggal....buat kucing yang dah bunuh arnab aku tu....moga sihat selalu....

Jumaat, 28 Ogos 2009

Majlis Buka Pose KKSB Hotel Blue Wave

Tanggal 28.08.09 semua staf KKSB telah mengadakan Majlis Boke Pose di Hotel Grand Blue Wave...makanannyer....erm....bolehla tahan tapi tak sehebat tahun lepas.Tahun ni yang senangnyer adalah tempat duduk ....senang dan mudah....dr segi makanan...kurangla sikit.. tahun ni jugak aku tak dapat bawa hakimi sama gi majlis tu.....paham2 jerla...anak aku tu baik sangat,cuma bawa dak 2 tu jer......ni ada sedikit gambar utk tatapanla...yg lain tengok kat picture trail nantila....

Yang ini gambo salah satu meja yang groupnyer kuat makan....dr sblm buka sampai nak balik dah...makanan tak abis2 ader jer atas meja tu...meja ni jugak telah dianugerahkan kumpulan paling riuh...bak kata bos akuu ler...aku tak kata...aku?...tumpang sebelah kaki jer....

Ni pulak keluarga bahagia Pengurus Kanan KKSb Mej (B) Ab Razak......

Pemalu jugak bos besar aku ni.....Apa yang disembangkan Mej dgn Tn Hj ni?......

Bergambo sakan la si PA tn Hj dgn Kak Eton dan my second boss,Puan Ros......

Last but not least Calon2 Datin Sedunia........hehehe...tkder modal tgh mlm ni....Kesimpulannyer....makanan tk ok sgt tapi bab tempat duduk ....bagus.

Rabu, 19 Ogos 2009

Aku Amat Merindui Mereka


ini gambar umi dan abah.....dear abah,im really miss u very much..i hope you will forgive me..ana tau ana byk buat salah...tolong halalkan makan minum ana.maafkan segala silap dan salah ana.sempena ramadhan yg mulia ni....ana harapkan tahun ini bulan yang mulia ni byk perkara luar biasa akan berlaku....abah maafkan ana..............

Wahai adik2ku....maafkan kakakmu ini....kakna minta maaf byk2 tak terhingga...semoga menjadi anak2 yg lebih baik daripada kakna.jagalah umi dan abah yer....jgn jadi anak derhaka.semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniah Ekey!


Kakna ucapkan tahniah kat ekey...akhirnya bejaya mendapat segulung ijazah...kakna amat gembira sekali....jgn jadi mcm kakna...ekey jadilah harapan umi dan abah...mereka sudah tidak pedulikan kakna lagi...kakna bangga dgnmu dik...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali.....!

Haliza terkilan tidak dapat peluk erat Ustaz Asri pada saat akhir
Oleh SHAHRIL ADZRIN dan KEITH JONATHAN DEUNTZER






PERGI tak kembali... meratapi pemergian arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggalkan kita untuk selamanya. Suatu kehilangan yang besar buat kita semua dan pastinya yang amat meratapinya adalah isteri arwah, Haliza Shahadan, yang paling rapat dengannya.
Haliza yang ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, menceritakan detik-detiknya bersama suami tercinta pada pagi sebelum arwah meninggal.
"Saya mulanya tak percaya... Yelah, arwah meninggal pada pukul 11.05 pagi, pukul 10 pagi tu saya masih bersama dia. Masa tu dia memang nampak tak sihat, dia pun ada kata dia pening-pening.
"Arwah ada sakit gastrik, kencing manis dan gout, pagi tu dia cuma minum air madu dengan limau... Lepas tu dia ada muntah-muntah.
"Saya suruh dia berehat dulu... Tapi dia komited dengan kerja dan dia nak jugak pergi kerja.
"Bila dia dah keluar, dia sampai kat stesen minyak Mobil, dia telefon saya dia kata: "Ummi, tolong hantar Abi kat pejabat lah, Abi tak larat."
"Saya kata saya tak kisah, jadi saya pun memandu sampai ke Mobil tu, lepas itu bawa kereta dia dan hantar dia sampai ke pejabatnya di Bukit Sentosa. Lepas tu dia ada singgah di Shell, dia masuk bilik air, lama jugak dia kat dalam tu, jadi saya pun pergi ketuk tanya dia ok ke tidak?, dia kata dia ok.
"Bila dia keluar dari tandas tu, dia suruh Azadan ambil barang-barang dia masukkan dalam van. Masa tu jelah saya sempat tengok wajah dia dan tak ada apa-apa berlaku ketika itu," kata Haliza.
Namun, kesedihan Haliza tidak berakhir di situ sahaja, dia turut menceritakan kenangan manis antaranya dengan arwah pada malam sebelum arwah meninggal ketika mereka menghabiskan masa bersama berdua.
"Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia 'call' saya dia kata" Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?." Saya pun kata: "Ok lah, Ummi pun lapar..."
"Masa tu dia kata: "Mintak apa saja". Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami 'spend time' tengok tv bersama... Malam tu 'nice' sangat," kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.
Meskipun mempunyai waktu untuk bersama suami yang dicintainya, namun Haliza menyatakan dia masih rasa terkilan kerana tidak dapat memeluk suaminya itu dengan erat seperti biasa yang dilakukannya.
"Apa yang membuatkan saya terkilan adalah sebab saya tak dapat peluk dia dengan erat pada saat-saat akhir. Selalunya memang kami mesra, selalu saya akan cium tangan dan peluk dia dengan erat.
"Cuma malam tu saya tahu dia penat, jadi saya cuma salam tangan dan cium pipi dia je," jelas Haliza yang mula menitiskan air mata.
Haliza turut menceritakan pengorbanan arwah yang sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk bulan madu mereka semasa mengerjakan umrah selepas 16 tahun berkahwin.
"Saya tak sangka dia sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk satu bilik sebab nak berbulan madu semasa mengerjakan umrah.
"Bagaimanapun kami gembira sebab dapat berbulan madu dan mengerjakan umrah bersama," katanya.
Diajukan soalan sama ada Haliza mempunyai perasaan cemburu sepanjang bersama suaminya, dia mengatakan dia sentiasa cemburu namun bersebab kerana ingin menjaga suaminya itu dengan baik dan mahu suaminya menjadi seorang ikon yang dihormati orang ramai.
"Cemburu saya bersebab, supaya dia menjadi ikon yang dihormati, saya tidak mahu suami saya jadi orang yang lupa daratan, sebab tu saya jaga dia sungguh-sungguh, bukan kerana cemburu tak tentu pasal tetapi saya nak orang hormat dia sebagai seorang ustaz yang baik, saya tidak mahu ada orang yang cakap belakang pasal sikap dia.
"Tapi kita hanya manusia biasa, kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita. Kita tiada kelebihan untuk mengetahui hari esok, kalau kita tahu hari esok, pasti kita akan lebih bersedia.
"Sebab itu, kita kena menyintai seseorang dengan sepenuh hati kita, tak kira anak ke, suami ke kita kena cinta dengan sepenuh hati.
"Untuk arwah, saya memang cintakan dia sungguh-sungguh, sebab saya takut dia terpesong dalam dunia artis yang berbagai-bagai karenah ni," jelas Haliza yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah Ustaz Asri.
Bagaimanapun Haliza bersyukur terhadap Allah s.w.t kerana memberinya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangganya.
"Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap Allah kerana memberi saya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangga kerana ustaz sendiri banyak menghabiskan masa di luar dan selama itu saya sudah mula berdikari.
"Tapi lepas ini saya masih tidak tahu kerana saya hanya berserah pada keadaan dan ketentuan Allah," katanya.
Sempat ditemui ketika itu adik kepada Ustaz Asri, Ustaz Ghazali Ibrahim yang tidak menyangka abangnya akan pergi dengan begitu cepat dan mengatakan Ustaz Asri antara yang begitu rapat dengannya.
"Saya begitu tak sangka, pagi tadi sewaktu sedang memberi ceramah, saya ada menerima panggilan masuk, tapi tidak menjawabnya, bila selesai ceramah, saya baca mesej yang mengatakan abang saya pengsan.
"Tak lama lepas tu, saya terima panggilan mengatakan abang saya dah meninggal dunia. Arwah antara yang paling rapat dengan saya, saya tidak tahu dia ada sebarang penyakit melainkan gout dan kencing manis.
"Kali terakhir saya jumpa dia sebulan yang lalu, tapi empat atau lima hari lepas saya ada bercakap telefon dengannya, pada masa tu saya dengar suara dia macam tak berapa sihat, saya ingat mungkin dia letih dan tidak bertanya banyak pada masa itu.
Pastinya pemergian Ustaz Asri merupakan satu kehilangan yang besar buat keluarganya, ahli kumpulan Rabbani, sahabat handainya dan semua yang mengenalinya.
Perginya tidak kembali lagi dan pasti sukar untuk dicari pengganti buat arwah Ustaz Asri yang selama ini memperjuangkan irama nasyid sehingga ke akhir hayatnya.

Rabu, 12 Ogos 2009

Teringin Moto Beso!



Huhuhu....anak2 aku baru ni gi kat RR Sg Buloh Jejantas ader 1 rombongan moto beso...yeyeyeye...anak2 aku menjerit suka...lepas tu aper lagi laki aku minta izin ngan org moto tu nk tangkap gambo....hahahaha...ni hasilnya...tk dpt naik...tangkap gambo pun jadila.....hehehehe....

Sabtu, 8 Ogos 2009

Selamat Pengantin Baru & Jejak Kasihan....


Huhuhu...dah lama aku tak update blog ni...almaklumla...bz memanjang kat opis.banyak keje...lepas tu kat umah dah penat...tido awal.ader lak hobi baru....laki bini main poker kat internet.erm.....
Ni aku nak ambil kesempatan ni la kalau si Sobah ngan suami dia ader terbaca blog ni,aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baruuuuu....diaorg kawin minggu lepas 01.08.09......hemmmm.Si Sobah ni kawan 1 opis dulu.....Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat.....

Ni gambo yg lagi satu ni gambo kengkawan merangkap anak buah angkat .....(kalau tk paham takper)....masa tu kitaorang pernah dok sama kat Ilham dulu...masa aku susah skitla dulu....dok seumah ngan diaorg....jumpa balik ari tu....siap bawa mak dia datang umah...aku janji yg pi umah diaorg...tak taula bila nak pi.Insyaallah kalau pjg umo aku pi jugakla.
Lagi 1 cerita menarik dan aku harap saper2 baca post ni....jadikanlah pengajaran...jgn mudah tertipu dgn offer2 dari internet ni...mcm hadiah percuma...menang loteri....dan per2 jerla.jgn mudah terpedaya....walaupun offer dari malaysia...lagila...yg aku terkena offer dr nigeria...tk pernah2 seumor idup aku call org luar dr Malaysia...ni la dalam sejarah sampai bil telefon aku naik RM400 lebih..dasattttt.......berjaga-jaga yer semua...sekian untuk kali ini...cewahhh....

Isnin, 27 Julai 2009

Miss U All Very Much...Bila La Nak Jejak Kasih Ni?



Malam ni boring lak....aperla aku nak buat ni...laki aku bz ngan poker kat tagged...aku pun explore kat facebook kat komp lg satu.dlm meng explore tu...aku teringat nak tengok gambo adik2 aku yang lost contact hampir 5-6 tahun....aku rindu kat diaorg....diaorg tak rindu kat aku ker?ni la yang aku dpt kat facebook...tinggal nak cari gambo parents aku jer....

Rabu, 22 Julai 2009

NurIlyani Che Din



Yanie.....nama tu aku dah lama aku cari selepas aku kuar jer dari UUM thn 2004 dulu...bukan aku rindu kat dia sorang jer...semua kawan2 aku dari aku kat kolej mara sampai aku final sem kat UUM...tapi Yanie jerla yang paling aku rindu.Semalam aku bukak facebook aku ternampak ada seseorang add aku...terkejut aku dibuatnyer...mcm nak menjerit jer malam td bila aku nampak nama dia..mujurla laki aku dh tido...kalau tak diaorg cop aku giler...hehehehe...terus aku kasi no tipon aku kat dia....
Jam 1.50 ptg...tipon aku berbunyi masa tu aku lepas mkn tgh sembang ngan Exec kat opis....selalunyer aku maleh nk angkat tipon pun...tapi tah naper...berlari anak aku ngejo tipon tu....tengok no tu....mcm aku tau jer sape nak ckp ngan aku ni....ello boleh bercakap ngan puan ana?argh........sebak hati aku....nak nangis rasanyer.tima kasih yanie kerana ko sudi gak tipon aku....i love u very much...miss u forever....

Selasa, 21 Julai 2009

Hari Sukan Tadika AlFath 2009 & Ekzos

Aku tak ingat bila diaorang punyer sukan...dah lama gakla...dlm bln 5 ker 6.Antara tu ler.Mcm2 game ader video ni salah satu anak2 aku main...lepas tu video tarik tali.Keputusannnyer anak aku punya rumah dpt no 2,aku dpt hamper...laki aku dpt hadiah tuala mng tarik tali.Ni aderla skit gambo diaorg bersukan...(ada byk lagi sebenarnya....)

ni gambo laki aku tarik tali

Ni lak gambor diaorg bersukan.....

yang ni pulak gambo diaorg dpt adiah

yang tu pasal sukan....ni pulak si eira baru dapat hadiah daripada moto abah kat kampung...ada cop sirim kat peha kaki dia....mcm ni ...(mcm gambo di bawah) hadiah aper lagi kena ekzos panas...cian mmg cian tapi nak wat cam ner.....

Isnin, 20 Julai 2009

Hari Rehat Sedunia.....yg Ke-2


Hari Sabtu malam baru ni...alah...18hb Julai,keluarga Sadli kecuali Along...yg mungkin jauh di mata & Mak Ngah yg dlm pantang tak dpt join kitaorg dok melepak kat Padang Shah Alam yg besaq tu.Setau aku kerajaan tak bg melepak ni..leh ader gejala sosial...tapi melepak & rehatkan minda ngan keluarga tak salah tau...jgn dating malam2 kalau lum kawin,bahaya...kat cn byk pencegah maksiat.

Aktiviti kat citu mcm2,ader yg main bola la,ader yg asik makan tak benti,boleh dikatakan mcm2 ade.Tetiba digempakkan pulak dgn piring terbang yg bercahaya....jual..jual...1 RM 5.00...mak datok...pecah ler mcm ni...ader pulak org dok jual mainan.Nasibla murah...huhuhu...laki aku pun aper lagi...dia pantang kalau org jual2 mcm tu,alasannyer anak nk main...walhal mak bapaknyer yg main.
Kami sekeluarga tak lama pun malam tu...nak ambik si anak dara balik dari kerja kul 10.30..terpaksala bersurai awal...balik umah...aku suruh anak2 mandi...lepas tu semua terlentang...pagi esok bgn lambat....wakakakakakaka.....(nak tengok gambo lain...sila ke blog biras)

Selasa, 14 Julai 2009

scorpion queen


Tanggal 12 Julai 2009, masa tu aku kat kampung....aper yang aku nak citer kan ni adalah aper tu...pengalaman paling pahit buat masa ni la sepanjang masa 2009 ni.Nak tau ker aper kebendanyer....hah....mcm ni....
Bangun pagi Ahad dgn azam yg kuat nk masak sarapan pagi utk ayah mertua,masa tu mak mertua jaga kakak ipar lepas bersalin kat shah alam.Tinggal la keluarga aku ngan ayah mertua jer masa tu.Seperti biasa kalau bgn pg mestila ke bilik ayor...aper lagi basuh muka ker,aper ker....
Lepas tu pulak,aku pun kuarla dari bilik air dgn kaki kiri,tetiba mcm ader sesuatu yg patuk kaki aku,masa tu keadaan gelapla jugak almaklumla ari hujan mendung,berdenyut-denyut sakitnya...sekali aku tengok yg patuk kaki aku tu,ya allah....terkejut beso aku....terus aku panggil la laki aku yg tgh sedap tido tu...aku gerak dia...aku cakap..."kaki mama ni sakit kena sengat lipan..."(sambil berguling-guling)....dia pun pi la tengok betui ker lipan...sekali pi tengok rupanyer kala jengking la...aku yg tersilap cakap mana taknyer sakit gila...takleh nk pikir aper nama binatang tu...besonyer aderla dalam gambo tu.Laki aku tekanla tempat bisa tu bg kuar...tapi sat2 pi tengok binatang tu...lepas tu ader ker dia libasnya si kala tu kat bilik ayor...lepas tu tengok balik kaki aku mcm mana...lepas tu...baper bykla le lepas tu....dia pi balik kat bilik ayor tu...dah ilang si kala tu...lesap tak tau gi mana...jenuh cari satu umah...takder..
Mcm mana keadaan aku masa tu,kebetulan mak mrtua aku tipon dia kata bubuh asam jawa,lepas tu getah dari pokok aper ntah namanyer,sakitnyer Allah saja yg tau,aku tahan gila...sampai aku ikat kaki aku,masa tu laki aku kata muka aku dah pucat...bapak mertua aku suruh gi klinik lekas nanti bengkak kaki.....dan lagi laki aku bawa budak2 gi beli sarapan...sambil tu aku nk gi mandila konon nk bersiap gi klinik...sekali aku nk masuk...si kala entah dtg dari mana tetiba muncul kat bilik ayor tu...aper lagi aku pun menjeritla panggil bapak mertua aku...mencicit org tua tu lari sambil bawa kayu pjg...dipukulnyer si kala....tamatlah riwayatnyer...kira selamat sesaper nk mandi lepas tu...

Sejam setengah lepas tu,aku pi gi klinik kesihatan kat changkat lada tu,sib baik bukak tak ramai org....sekali kat sana kena 6 das cucuk...3 kat tempat kena sengat,1 kat bahu mcm BCG tu, lagi 2 kat tgn...gila....paling byk kena cucuk tu la dia...sengal giler...dh la sengal....kebas lak tu...dgn mulut2 pun kebas...sampai ari ni rasa lagi tempat kena sengatnyer....kak jun satu opis kata...leh lak dia lengah2 gi klinik...agaknyer kalau kena yg besaq mati dah aku....hehehe...aper nk buat...dh nasib badan