Selasa, 23 Jun 2009

keluarga yang ku sayangi.....






di sinilah bermulanya kehidupan sebuah keluarga yang bahagia...walaupun untuk membinanya dulu banyak halangan dan rintangan walaupun ku terpaksa pergi meninggalkan mereka yang aku lebih sayang...maafkan diriku abah,umi,embah...bukan niatku untuk meninggalkan keluarga ini.....aku ingin membina keluargaku sendiri.....aku sayang pada mereka..restuilah perhubungan ini..terimalah mereka...Ya Allah...bukalah pintu hati mereka untuk memaafkanku....walaupun mereka tidak dapat menerima ku....terimalah keluargaku....




aku dikurniakan 3 org anak yang comel2 belako hasil perkahwinanku dengan seorang lelaki bernama Remy.anak pertamaku telah selamat dilahirkan pada 07hb Februari 2004, 4 hari selepas aku menyambut hari lahirku yang ke - 23.aku telah menamakannya Muhamad Fakhrul Fahmi..sedap nama tu tapi panjang skitla...nak tau beratnya....3.1 kilo jer....




setahun kemudian lahirlah seorang puteri pada 28hb Januari 2005 yang beratnya lebih kurang 3.3 kilo...tengah-tengah mlm cari nama akhirnya Farizatul Nur Syahirah lah yg menjadi pilihan. masa dia kuar dari perut...ya allah.....mcm anak cina..putih melepak...agaknya masa tambah darah dalam badan semasa mengandung tu yang mcm tu...aku bersyur kerana aku selamat melahirkannya.




oh...ak boleh jadi ni...doktor dah nasihatkan aku supaya jarakkan tempoh kelahiran antara anak no 2 dgn no 3 nanti...so...aku ambik keputusan aku pun mula merancang dalam percaturan anak ni...penatla....baru fahmi nak manja...dah ada adik...erm...kesian juga...nk wat cmner dah terlepas...rezeki...terimalah.




2 tahun selepas tu...alamak..terlajak..sekali lagi aku disahkan mengandung anak ketiga...kali ni betul2 masalah sebab kali ni aku dipaksa makan ubat dan minum susu sebab mengalami kompilasi darah kurang....ni yang aku lemah ni....akhirnya pada 16hb April 2007 seorang baby lelaki telah dilahirkan dengan berat 3.5 kilo...lebih kuranglah....makk....makin lama makin beratlak anak2 aku ni....yang ini kami pilih nama Muhamad Fakhrul Hakimi...sedap tak?.....




okla..nak tau citer seterusnya...tunggu jerlah yer....kalau aku ada masa aku buat lagi....melepaskan keboringan ni...

1 ulasan:

cutecida berkata...

follow me hehehehhe